Shining Shawol
| tales | le owner | stuff | footsteps | credits |
Aaron Aziz Dan Isteri Telah Selamat Ke Mekah Tunaikan Umrah
Sunday, 20 May 2012 at 07:51




Terkini menurut laman twitter, Aaron Aziz dan isteri telah pun selamat ke Tanah Suci Mekah. Aaron Aziz dan isteri sebelumnya berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah, Aaron melalui Twitter’nya juga turut memohon maaf.

“Salam Semua. Sebelum kami ke tanah suci, kami ingin memina maaf sekiranya ada tersilap kata atau menguris hati sesiapa. Terima kasih semua atas doa doa anda. InsyaAllah kami akan doakan semua juga.. Take care.. Heartz deep deep”

Berbangkit dengan kontroversi nama sebenarnya yang dicanang hebat oleh orang ramai hinggakan rupa bentuk sebenar kukunya dikritik, terkini, isu tentang kerakyatan dan permit kerjayanya pula dipersoalkan selepas dia menang besar dalam ABPBH 2011 yang lalu.

Perkembangan lain pula, rezeki Aaron dalam dunia hiburan semakin bertambah apabila dia terpilih untuk menjadi pengacara bagi program realiti TV, Fear Factor Asia.

Semoga mereka selamat pergi dan pulang daripada menunaikan ibadah tersebut, marilah kita doakan agar Aaron dan isterinya menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan selamat pulang semula ke tanah air.





Disclaimer
Hi there. Put your own words here !
Rewind


Old things ^^ | New things




SHINee - Haru